26 Mac 2024 | 15 Ramadan 1445H
Program Kapsul Ilmu telah berjaya dilaksanakan di Speaker's Corner, Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam bermula jam 11:00 pagi yang disertai oleh 10 orang mahasiswa dan mahasiswi UiTM.
Konsep yang dibawa kali ini adalah isu semasa yang dikupas oleh pelajar seiring dengan pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti yang dizahirkan melalui perkongsian pengetahuan dan pendapat bernas.
Program turut dihadiri Puan Hani Liza binti Norfin, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, Puan Azura binti Mohamad Hashim, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan wakil Majis Perwakilan Pelajar, Saudari Aryana Natasha.
Catat Ulasan