18 Mac 2024 | 7 Ramadan 1445H
Satu perbincangan telah diadakan antara PTAR dan Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR. Perbincangan ini telah dihadiri oleh Pengerusi MITASA, Encik Saharuddin Lin dan Puan Siti Fatihah Awang.
Pertemuan ini adalah untuk membincangkan mengenai Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja 2024 yang dicadangkan berlangsung pada 22 April 2024 dan sekali lagi PTAR diberikan peluang untuk berkolaborasi di dalam program ini.
Program ini bertujuan untuk menilai risiko psikososial di tempat kerja dan langkah-langkah kawalan untuk mengatasi risiko tersebut. Program ini juga merupakan sebahagian daripada hasil kerjasama bersama pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia. Sehubungan dengan itu, MITASA telah mengambil langkah proaktif dengan membawa program ini untuk ahlinya.
Dalam pertemuan ini juga membincangkan mengenai perjalanan perasmian program serta tugasan yang akan dijalankan daripada pihak MITASA dan PTAR sendiri. Majlis perasmian program ini akan disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MITASA kerana telah memilih PTAR untuk bersama-sama dalam program kolaborasi kali ini. Semoga apa yang dirancang, berjalan dengan lancar.
Catat Ulasan