27 April 2024 | 18 Syawal 1445H

Program GLAMours : Eksplorasi 3R anjuran Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah selesai dilaksanakan pada 27 April 2024 bermula jam 9:00 pagi. Antara pengisian program adalah Celik Maklumat, Library Tour dan aktiviti paling ditunggu-tunggu para peserta iaitu InfoHunt.

Seramai 16 orang peserta terdiri daripada mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Kolej Pengajian Sains Pengkomputeran & Matematik dan Fakulti Sains Gunaan berjaya mengharungi cabaran InfoHunt yang memerlukan mereka mencari maklumat menggunakan sumber di perpustakaan berkaitan Raja, Bangsa dan Agama.

Puan Hani Liza binti Norfin, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan

Program ini turut disertai 3 orang Sukarelawan Perpustakaan yang bertugas di Check Points. Program telah dimulai dengan Welcoming Speech oleh Puan Hani Liza binti Norfin, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Rumusan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Dr. Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi, Koordinator Kenegaraan, Institut Kepimpinan Pelajar (IKP).

Dr. Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi, Koordinator Kenegaraan, Institut Kepimpinan Pelajar (IKP)

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang InfoHunt !

Terima kasih kepada Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) selaku rakan penganjur program. Jumpa lagi di program akan datang dengan tema pembudayaan ilmu untuk warga universiti.






























#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#programkolaborasi
#sukarelawanperpustakaan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama