Tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada 3 orang sukarelawan perpustakaan yang menyertai program GLAMours : Eksplorasi 3R yang telah berlangsung pada 27 April 2024 yang lalu. Mereka terlibat sebagai crew yang bertugas semasa program dan bertanggungjawab dalam urusan kelancaran majlis.


Mereka adalah :
1. Cik Aisyah Zahra binti Ab Rahim
2. Cik Auni binti Ismail
3. Cik Irdina Balqis binti Mohammad Zakuan

Penglibatan mereka merupakan langkah baharu perpustakaan untuk memperkenalkan mahasiswa/mahasiswi dengan kaedah yang lebih mesra serta berganding bahu dalam usaha memartabatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga universiti.

Insyaallah lebih banyak program yang melibatkan sukarelawan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#sukarelawanperpustakaan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama