2 April 2024 | 22 Ramadan 1445H


Satu perbincangan antara PTAR dan SK Sungai Binjai, Klang diadakan buat kali kedua bertempat di PTAR, UiTM Shah Alam yang telah dihadiri oleh Guru Besar SK Sungai Binjai, iaitu Encik Mohd Arif bin Ab. Muis, Puan Hajah Nor Azizah binti Mohd Noh (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Suraya binti Mohd Tap (Guru Perpustakaan dan Media) dan Puan Norhalizah binti Mohamed Hassim (Penyelaras Nilam).


Perbincangan pada pertemuan kali ini lebih berfokus kepada pembangunan sistem nilam sekolah yang akan digunapakai oleh pihak sekolah terutamanya guru dan pelajar sekolah. Perbincangan ini juga membincangkan mengenai elemen dan susun atur yang perlu ada dalam sistem ini yang dibangunkan sendiri oleh PTAR dengan menggunakan kepakaran staf dalaman.

PTAR telah diwakili oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Asmah binti Sabtu (Pustakawan Kanan), Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan wakil dari Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR iaitu Encik Mohd Faizal bin Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) yang bertanggungjawab membangunkan sistem ini.

Guru-guru ini juga berkesempatan melawat PTAR untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.













#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#kolaborasisekolah

Post a Comment

Terbaru Lebih lama