30 Mac 2024 | 19 Ramadan 1445H

Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi

Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi telah dijalankan melalui Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) anjuran Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengkomputeran Informatik dan Matematik (SMKPPIM).
Program ini telah dihadiri seramai 270 orang pelajar dari kalangan pelajar Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM). Sesi ini disampaikan oleh Encik Muhammad Zaidie bin Bardan (Pustakawan Kanan/Ketua Perpustakaan Fakulti) secara atas talian.

Dalam sesi taklimat ini, penerangan berkaitan lokasi perpustakaan, kaedah pencarian bahan fizikal juga digital serta kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah diterangkan kepada pelajar baharu.




Post a Comment

Terbaru Lebih lama