21 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445H
PTAR telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh anjuran Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam melalui Persatuan Pelajar Geomatik (GEOMASS) dan pelajar subjek Project Management (GLS692).

Seramai 12 orang pelajar beserta 2 orang pengiring telah dibawa melawat persekitaran dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Pelajar dibawa melawat ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan termasuk koleksi bahan bacaan rujukan serta Koleksi Al Quran di Aras 4 Koleksi Khas.

Lawatan in telah dikendalikan oleh Encik Shahrul Hairy bin Shaharuddin (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Cik Ummi Halimatunssaadiya binti Shamsul Yuzli (Pustakawan).

Harapan kami agar para pelajar dapat merasai pengalaman menggunakan perpustakaan dan perkhidmatan yang kami sediakan untuk warga universiti serta menjadi sebahagian dari kenangan mereka di UiTM.










Post a Comment

Terbaru Lebih lama