Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan mengadakan program siaran langsung seperti ketetapan berikut:


Tajuk : Program Engaging Alumni UiTM : Impak Computer Vision kepada Industri
Tarikh : 17 Mei 2024 | Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Panel:
Encik Mohd Razif bin Shamsuddin
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM)

Moderator:
Puan Siti Salwa binti A.Rahman
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tun Abdul Razak

"Computer Vision adalah salah satu komponen dalam bidang kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan aplikasi komputer untuk mentafsirkan dan memahami dunia visual. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apakah itu Computer Vision, anda dijemput untuk mendengar perkongsian ini Bersama Encik Razif Shamsuddin, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA Shah Alam yang telah berkhidmat selama 16 tahun. Beliau juga telah terlibat dengan 12 penyelidikan dalam bidang ini dan telah menerima 9 anugerah dalam penyelidikan dan perkhidmatan".

YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program siaran langsung yang akan dikongsikan oleh panel. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.

*Jam latihan disediakan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama