8 -9 Mei 2024 | 29 - 30 Syawal 1445H


Program Kepimpinan Pelaksana (PROKEP) Perpustakaan UiTM telah diadakan bertempat di Institut Latihan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai. Program selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 60 orang staf kumpulan pelaksana dari seluruh Perpustakaan UiTM. Penganjuran program pada tahun ini adalah merupakan penganjuran kali kedua dengan kerjasama ILD UiTM.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda kumpulan pelaksana bagi memantapkan sikap, pengetahuan dan kemahiran diri terhadap peranan dan sumbangan terhadap kecemerlangan organisasi.

Para peserta juga diterapkan dengan aspek pengukuhan personaliti, hala tuju kerjaya dan cabaran teknologi dalam mengurus perpustakaan. Pengisian program disampaikan menerusi taklimat, ceramah, pembentangan berkumpulan dan aktiviti kesukanan.

Di sebelah malam, Sesi Town Hall bersama Ts Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan) berkenaan Hala Tuju Perpustakaan UiTM telah diadakan pada hari pertama bengkel. Selain itu, undangan dari penceramah dalam dan luar UiTM turut diundang bagi pengisian bengkel 2 hari ini.

Antara yang diundang adalah :
1. Puan Nurfarawahidah binti Badruesham (Pustakawan Kanan / Certified Professional Image Consultant)
2. Profesor Madya Ts Dr. Syamsul Nor Azlan bin Mohamad (Pengarah Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik, UiTM Shah Alam
3. Encik Md Razib bin Karno (Pengarah Pusat Pengurusan Data Universiti, UTM)
4. Encik Azman bin Hashim (Ketua Pustakawan, UMK / Merangkap Pengerusi Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam)
5. Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed (Pengarah Urusan, Telaga Biru, Sdn. Bhd.)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan bengkel ini berjalan dengan lancar.































Post a Comment

Terbaru Lebih lama