10 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445H


Satu program kolaborasi antara Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dan Fakulti Perakaunan, UiTM telah diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam. Seramai 100 orang staf dan pelajar telah menghadiri program ini.


Program #MaybankDay ini telah diadakan secara langsung yang menampilkan Datuk Dr. Nora Abd Manaf, Profesor Adjung Fakulti Perakaunan UiTM yang juga Group Chief Human Capital Officer Maybank yang telah bersama-sama warga UiTM dalam sesi Industry-Academia Series : Embracing ESG Principles for a Better Tomorrow yang telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Erlane K. Ghani sebagai moderator.

Sesi bersama pelajar juga turut diadakan melalui Future-Proof Your Career : Skills & Strategies for the Digital Age yang telah dikendalikan oleh Saudara Afiq Rahimi, Maybank Student Ambassador (#mbassador) sebagai moderator.

Rakaman program ini boleh diakses di pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=w7yitjTd7VM

Terima kasih diucapkan diatas jalinan kerjasama ini.






























Post a Comment

Terbaru Lebih lama