21 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445H


Program Speed Reading anjuran Pusat Penyelidikan dan Konsultasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah dilaksanakan oleh instructor dan fasilitator dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam bertempat di Bilik Kuliah Seri Kemboja 3, INTAN Bukit Kiara.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Hani Liza binti Norfin selaku instructor dan dibantu oleh dua orang Fasilitator, Puan Nurul Aida binti Noor Azizi dan Puan Siti Salwa binti A.Rahman. Program ini telah disertai seramai 18 orang peserta dari pelbagai bidang profesion.

Ini merupakan pengalaman pertama PTAR melaksanakan Program Speed Reading di INTAN dan Insya-Allah kami akan lebih berusaha pada masa akan datang untuk menyemarakkan lagi pembudayaan ilmu dengan teknik pembacaan yang berkesan.

Hubungi kami di talian 03-5544 3718 (Puan Siti Salwa binti A.Rahman) atau 03-5544 3778 (Puan Nurul Aida binti Noor Azizi) untuk maklumat berkaitan program ini atau layari pautan ini : https://ptar.uitm.edu.my/libguides/subjects/guide.php?subject=speed-reading











Post a Comment

Terbaru Lebih lama