15 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445H


Bahagian Sokongan Penyelidikan, PTAR UiTM Shah Alam dengan kerjasama Penerbit Clarivate telah menjalankan Sesi Webinar kali kedua dengan topik How to publish with Clarivate - Journal Citation Report (JCR) yang disampaikan oleh Dju-Lyn Chng, Senior Customer Success Manager, Clarivate.

Seramai 95 orang penyelidik telah berjaya menghadiri sesi ini termasuk pelajar Pascasiswazah.

Antara intipati yang dikongsikan adalah:
1. Apa yang diharapkan untuk JCR 2024 akan datang?
2. Memahami 'Key Metrics' dalam penilaian jurnal ke arah 'Impact Factor' dan mengelakkan penerbitan dalam 'Predatory Journal'
3. Amalan terbaik dalam Journal Impact Factor (JIF) & Journal Citation Indicator (JCI) dalam penilaian jurnal.
4. Perbandingan jurnal dan pemilihan jurnal dalam penerbitan penyelidikan.

Sesi ini mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada para penyelidik UiTM. Webinar seterusnya akan diadakan pada bulan Jun 2024 iaitu berkaitan keluaran JCR yang terkini.



Post a Comment

Terbaru Lebih lama