4 Jun 2024 | 26 Zulkaedah 1445H


Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Profesor Adjung oleh YBhg. Dato' Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bertempat di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.

Majlis Syarahan Perdana yang berjudul "Transformasi Rekod Konvensional Ke Era Rekod Elektronik Dalam Pengurusan Memori Institusi" ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Haji Mohd Sazili bin Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan dan Ketua Pusat Pengajian Sains Maklumat (KPPIM), Dr. Husain bin Hashim.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Rakaman syarahan perdana ini boleh akses di pautan ini : https://www.youtube.com/watch?v=VQW_mnYVXJ0























Post a Comment

Terbaru Lebih lama