Pihak Pengurusan PTAR ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Siti Aishah Sadan, Pustakawan Kanan, Ketua Unit Kualiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak di atas pencapaian menerima pensijilan LEAD AUDITOR ISO 9001:2015 daripada Exemplar Global.

Dengan kejayaan yang diperolehi ini, diharap puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang di dalam bidang kepakaran puan untuk perpustakaan khasnya dan UiTM amnya.

Semoga dengan pensijilan ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PTAR untuk terus berusaha dengan gigih dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama