22 Julai 2024 (Isnin)
16 Muharram 1446H

PTAR akan memberi kepakaran penyediaan siaran langsung semasa International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (i-SIIDEC) 2024 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam pada 19 Ogos 2024 nanti.

Program ini bertujuan menggalakkan pelajar menghasilkan produk teknologi dalam bentuk prototaip dan dijangka disertai 7,000 pelajar dalam dan luar negara. Turut hadir ke PTAR untuk sesi lawat tapak dari Sekretariat i-SIIDEC adalah Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Bin Jono, Puan Najihah Azmi dan Puan Nordiana Ibrahim.

Jumpa nanti di i-SIIDEC 2024 !

Post a Comment

Terbaru Lebih lama