𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐟𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥 𝐀𝐲𝐮𝐛, 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐤𝐞 𝐆𝐚𝐥𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤
24 Julai 2024 | 18 Muharram 1446H

Alhamdulillah, YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah Universiti hadir menyertai pada petang tadi program Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Dato' Dr. Ir. Hj. Mohd Mansor Mohd Salleh, Mantan Pengarah ITM ke-5 di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). Siri pertama ini dimudahcara oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Mizan Hitam , PNC ILD Universiti Teknologi MARA.

Insyallah, usaha Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa yang akan dijalankan secara kolaborasi dengan pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sepanjang tahun ini menjadi platform perkongsian ilmiah yang memberi intipati pengukuhan dan pemahaman berkaitan agama, bangsa, tanah air dan UiTM.

Sejurus tamat program di GTAR, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan mengiringi YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub meluangkan masa hampir 30 minit melihat inisiatif pembangunan Ruang 3R (Koleksi Khas Jawi UiTM, Canselor UiTM dan Pemikiran Melayu di Aras 4 Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Alhamdullilah, rezeki bertemu insan-insan hebat pada hari bermakna ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa








Post a Comment

Terbaru Lebih lama