31 Julai 2024 (Rabu) | 25 Muharram 1446H


Hari ini, selesai kursus 𝑆𝑝𝑒𝑒𝑑 𝑅𝑒𝑎𝑑𝑖𝑛𝑔: 𝐵𝑒𝑐𝑜𝑚𝑒 𝐴 𝑆𝑝𝑒𝑒𝑑 𝑅𝑒𝑎𝑑𝑖𝑛𝑔 𝐼𝑛𝑠𝑡𝑟𝑢𝑐𝑡𝑜𝑟 𝑊𝑖𝑡ℎ 𝑈𝑠 yang dihadiri 31 orang Pustakawan dan Pembantu Pustakawan dari kampus Shah Alam dan Perpustakaan Cawangan. Kursus dikendalikan oleh Pustakawan berpengalaman dan mahir dalam Speed Reading iaitu Puan Azura Mohamad Hashim, Puan Nurul Aida Noor Azizi, Puan Siti Salwa A. Rahman dan Cik Ummi Halimatunssaadiya Shamsul Yuzli.

Hasrat kami adalah untuk melahirkan Instruktor Speed Reading yang baharu dan Subject Matter Experts (SME) di dalam Talent Pool Speed Reading Perpustakaan UiTM.

Insya-Allah semangat dan tenaga baharu ini akan memeriahkan lagi usaha pembudayaan ilmu dalam kalangan warga UiTM dan komuniti.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#speedreading







Post a Comment

Terbaru Lebih lama