Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan PTAR berbesar hati menerima sumbangan 7 buah kitab lama cetakan Halabi Mesir daripada Saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki, Pelajar jurusan Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah) Universiti al-Azhar, Mesir. 

Naskhah-naskhah tersebut diserahkan oleh saudara Aiman kepada Ketua Pustakawan pada 10 Julai 2024 dan merupakan koleksi berharga dalam bidang kitab jawi dan diharapkan dapat menjadi rujukan berguna serta warisan ilmu yang tidak ternilai. 

Semoga pemberian ini memberi manfaat kepada semua dan ia dapat memperkaya khazanah ilmu yang ada di perpustakaan ini. Naskhah tersebut akan ditempatkan di Koleksi Khas Jawi PTAR untuk rujukan warga UiTM.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Post a Comment

Terbaru Lebih lama