Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail
10 -11 Julai 2024 | 4-5 Muharram 1446H

Intipati kursus adalah berkenaan kaedah pengurusan rekod perlu dilaksanakan dengan mengikut piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan untuk membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan.

Jabatan Arkib Universiti, PTAR, UiTM Shah Alam telah dijemput sebagai penceramah Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Perpustakaan Negara Malaysia yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia. Kursus disertai oleh 58 orang pegawai dan pengurus rekod Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Puan Azniza Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan (Arkib) selaku penceramah utama menyampaikan ilmu berkaitan pengurusan rekod awam hingga perlupusan rekod termasuk rekod terperingkat. Turut disertai Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan yang memberi penerangan berkenaan fungsi Jabatan Arkib Universiti.
Semoga ilmu yang di sampaikan oleh kami memberi nilai kepada peserta untuk diaplikasikan.





Post a Comment

Terbaru Lebih lama