12 Ogos 2024 (Isnin) | 7 Safar 2024

Ketua Pustakawan dan 37 orang Pustakawan serta team Teknologi Maklumat menyertai Bengkel Transformasi AI Dalam Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan pagi tadi yang dikendalikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pengarah, Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik.

Hasrat hari ini adalah agar Pustakawan menguasai 𝑡𝑜𝑜𝑙𝑠 mengikut fungsi perpustakaan serta sokongan penyelidikan untuk mendahului penyampaian perkhidmatan dan seiring dengan hala tuju universiti. Saya melihat kepada keutamaan konsep sesuai dengan aplikasi AI yang akan membantu perkhidmatan perpustakaan. Keterujaan dengan kecanggihan AI masih perlu kecerdikan akal manusia untuk 𝑐𝑢𝑟𝑎𝑡𝑒 agar hasil kelestarian ilmu seimbang.

𝑬𝒎𝒃𝒓𝒂𝒄𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝑨𝑰 𝒂𝒏𝒅 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒍𝒆𝒇𝒕 𝒃𝒆𝒉𝒊𝒏𝒅. Dr. Syamsul menjelaskan untuk tahun-tahun pertama ini dijangka pelbagai strategi dan pelan tindakan akan menjadi keutamaan termasuk kos pembangunan kandungan berkualiti yang sangat tinggi. Oleh itu, beri keutamaan dan teroka aplikasi mengikut kesesuaian perpustakaan.

Insya-Allah, perpustakaan akan menjadi peneraju dan memanfaatkan kelebihan AI dalam penyampaian perkhidmatan di universiti dan komuniti.


#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama