21- 22 Ogos 2024 | 16 -17 Safar 2024

80 orang pelajar dan guru zon daerah Klang menghadiri Penilaian Anugerah Tokoh NiLAM Daerah Klang 2024 di Perpustakaan Tun Abdul Razak selama dua hari anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

PTAR terlibat menyumbang ilmu Bacaan Pantas dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman manakala Celik Maklumat oleh Puan Eza Eliana A. Wahid dan Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman.

Pustakawan PTAR turut menyumbang penglibatan sebagai juri penilaian Anugerah NILAM yang disertai oleh calon-calon dari kelima-lima zon di daerah Klang. Calon yang berjaya akan mewakili daerah Klang ke peringkat negeri Selangor.

Pustakawan PTAR yang terlibat dengan penjurian pada tahun ini adalah Puan Siti Salwa A.Rahman dan Puan Eza Eliana A. Wahid untuk kategori Bahasa Inggeris manakala Puan Norazlin Mohd. Yusoff dan Cik Ummi Halimatunssaadiya Binti Shamsul Yuzli untuk kategori Bahasa Melayu.

Tahun ini merupakan tahun kedua kolaborasi antara PTAR dengan Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

Semoga penglibatan PTAR ini akan membantu komuniti sekolah daerah Klang untuk merangkul kejayaan di peringkat negeri seterusnya kebangsaan.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm



























#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa


Post a Comment

Terbaru Lebih lama