20 Ogos 2024 | 15 Safar 2024

Perpustakaan Tun Abdul Razak berbesar hati menerima kunjungan 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐈𝐫. 𝐃𝐫. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐢𝐝𝐞𝐞 𝐋𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧 ke rumah ilmu ini petang tadi. Tokoh hebat ini mengunjungi Koleksi Khas Jawi dan Koleksi Canselor UiTM sambil menceritakan kenangan menyaksikan ITM membangunkan universiti dan anak bangsa sepanjang beliau menjadi Pengarah ke-4 ITM, Rektor dan juga Naib Canselor Pertama.

Beliau berminat melihat naskhah Al Quran tulisan tangan, helaian Surah Al Imran di atas kertas Deluang dan naskhah kitab masyhur rujukan agamawan serta menyatakan kagum dengan usaha Perpustakaan untuk membangunkan koleksi Jawi.

Terdahulu, Tan Sri Dato' Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin menjadi jemputan panel adalah Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa: Mantan Naib Canselor UiTM di Galeri Tun Abdul Razak anjuran Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Episod tersebut dimudahcara oleh Prof. Dato' Dr. Ismail Sualman (Profesor, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) dan Prof. Ts. Dato’ Dr. Abdul Razak Haji Mohaideen (Profesor, Kolej Pengajian Seni Kreatif). Turut hadir adalah Profesor Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor, Pemerkasaan Adiwangsa), Encik Mohd Hafiz Ramlee (Pengarah Bahagian Integriti) dan Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUiTM).

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa












Post a Comment

Terbaru Lebih lama