30 Ogos 2024 | 25 Safar 1446H (Jumaat)


Alhamdulillah, tradisi Malaysia #QuranHour pada tahun ini berjaya dilaksanakana bersama warga Perpustakaan Tun Abdul Razak pada pagi tadi selama 1 jam di Library Community Engagement PTAR serta turut disiarkan secara langsung di platform YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Jumu'ah diikuti dengan kupasan mendalam oleh Ustaz Hj. Md Idris bin Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam). Beliau mengupas sifat muttaqin dengan memerdekakan diri berpandukan rukun negara pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan pentingnya melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta kepentingan menjaga adab dalam kehidupan, sejajar dengan rukun negara kelima, Kesopanan dan Kesusilaan.

Program ini turut disertai Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan UiTM), Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan) serta wakil MPP 2023/2024, saudara Rif Daris Rakimi (Bendahari Kehormat) dan Cik Aryana Natasha binti Syahril Nizam (Exco Akademik dan Kerjaya) bersama 90 orang Warga UiTM.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan mendekatkan kita lagi kepada Al-Quran dan menjiwai semangat kemerdekaan.

#QuranHour #MalaysiaQuranHour #TadabburSurahAlJumuah #JiwaMerdeka #RukunNegara #uitmdihatiku #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa








Post a Comment

Terbaru Lebih lama