26 Ogos 2024 | 21 Safar 1446H
Lawatan disertai oleh Ms. Loh Siaw Yen (Registrar), Profesor Zuraidah Abd Manaf (Head Division of Strategy & Performance Measurement) (DSPM) dan Ms. Wong Ling Fong (Deputy Registrar) ke Bahagian Arkib Universiti untuk mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan rekod dan arkib.
Menurut Encik Ahamad Zuber Mohamed, Pengarah Bahagian Arkib Universiti, lawatan ini akan membantu pembangunan pengurusan rekod dan arkib UTAR kepada satu tahap yang lebih baik. Bahagian Arkib Universiti sedia menyalurkan pengalaman dan kepakaran untuk perkongsian ilmu bersama sahabat dari institusi pengajian tinggi.
#uitmdihatiku#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan