11 September 2024 | 7 Rabiul Awal 1446H

Sistem Perekodan dan Analisa Bacaan (CERDAS) yang dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM untuk SK Sungai Binjai mencapai satu tahap yang lebih tinggi apabila sistem tersebut bertanding di Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor @KSL Esplanade anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang berlangsung pada 3 hingga 11 September 2024.

Menurut wakil guru SK Sungai Binjai, sistem tersebut mendapat perhatian kerana mendapat sentuhan perpustakaan akademik serta kepakaran ilmu Pustakawan.

Semoga pemindahan ilmu Perpustakaan Tun Abdul Razak ini memberi manfaat kepada komuniti sekolah. Insya-Allah.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa





Post a Comment

Terbaru Lebih lama