27 September 2024 (Jumaat) | 23 Rabiulawal 1446H

Alhamdullilah, Ketua Pustakawan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan berpeluang menziarah keluarga Almarhum YM Dato Muda Linggi Haji Mohamad Basri bin Haji Omar di Seremban pagi tadi.

Anak-anak Almarhum, Puan Aizatul Adzwa Mohd Basri dan Encik Azizol Mohd Basri menyerahkan dokumen-dokumen peribadi antaranya Certificate of the First Class for Book Keeping Elementary oleh Pitman Examinations Institute bertarikh Disember 1954. Alhamdullilah, dokumen-dokumen koleksi Almarhum dalam keadaan sangat sempurna dan bakal menjadi koleksi penting kepada Universiti.

Almarhum juga merupakan salah seorang di antara pelopor 23 pelajar pra-penubuhan Dewan Latehan RIDA yang terpilih ditaja oleh Rural Industrial Development Authority (RIDA) untuk mengikuti kursus persediaan bagi menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC) Intermediate Examination di Goon Institution Kuala Lumpur selama setahun 1955/56.

Sepanjang hayatnya, Almarhum sangat cemerlang dalam pendidikan dan banyak menyumbang kepada komuniti terutama di Negeri Sembilan. Semoga usahanya memartabatkan agama, adat dan budaya diberkati oleh-Nya.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#recordsmanagement
#archive






Post a Comment

Terbaru Lebih lama