4 September 2024 | 30 Safar 1446H

Alhamdullilah, satu lagi tokoh hebat mengunjungi rumah ilmu hari ini.

Beliau mengunjungi Perpustakaan Tun Abdul Razak lewat petang tadi usai selesai Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama Mantan Naib Canselor UiTM anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) di Galeri Tun Abdul Razak.

Menurut beliau, Perpustakaan Tun Abdul Razak turut menyaksikan transisi perubahan universiti ini bukan sahaja di kampus Shah Alam malahan di seluruh cawangan UiTM.

Antara yang menarik dikongsi oleh beliau berkenaan sejarah penubuhan ITM kampus Shah Alam, cabaran menerajui ITM, gerakan memperkasa martabat universiti ini dan juga pengalaman semasa bergelar mahasiswa ITM.

Kehadiran tokoh hebat ini turut disertai, Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam (Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan, ILD) Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor, Pemerkasaan Adiwangsa), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono (Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM), Profesor Madya Ts. Dr. Basharudin Abdul Hadi (Pengarah Akademi Kepolisan UiTM).

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama