6 - 8 September 2024 | 2 - 4 Rabiul Awal 1446H

Sinergi kolaborasi kali ini diterajui oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Media Komunikasi Siswa, Institut Kepimpinan Pelajar dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dalam program Literasi Maklumat Parlimen Bagan Datuk anjuran Kelab Silaturahim Bagan Datuk dan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam selaku tuan rumah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Siri kedua ini melibatkan peserta teramai berjumlah 110 orang pelajar Tingkatan 4 dan diiringi 7 orang Pegawai Pendidikan Daerah. Siri pertama telah berjaya dilaksanakan pada 2 hingga 4 Ogos yang lalu melibatkan SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

Kemampuan Sukarelawan Perpustakaan yang diketuai oleh saudara Wan Aiman Salahuddin Bin W Ahmad Azlan mempamerkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Mereka juga bijak mengendalikan pelajar sekolah dan aktiviti berkumpulan serta sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

Ternyata, program ini tidak akan berjaya tanpa kehadiran 16 orang Sukarelawan Perpustakaan ini. Mereka juga telah menetapkan satu tahap yang tinggi untuk standard Sukarelawan Perpustakaan yang akan datang.

Yang baik kita contohi. Terima kasih Majlis Perwakilan Pelajar, Media Komunikasi, Institut Kepimpinan Pelajar UiTM Shah Alam.

Sukarelawan Perpustakaan yang terlibat :

1. Wan Aiman Salahuddin Bin W Ahmad Azlan (Kolej Alam Bina)
2. Allaysia Petrus (Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media)
3. ⁠Zeti Amira Binti Mohd Yasri (Fakulti Undang - Undang)
4. ⁠Ishqi Azrai Bin Mustaffa (Fakulti Undang - Undang)
5. ⁠Muhammad Eizuddin Hamzah Bin Zulkifli (Kolej Pengajian Kejuruteraan)
6. ⁠Zuhrah Musfirah Binti Mustapah ( Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media )
7. Muhammad Haziq Bin Ramlan (Fakulti Undang-Undang)
8. ⁠R. Yusrina Iman Amanda Batrisyia Binti Azizan (Kolej Pengajian Kejuruteraan)
9. Muhamad Farish Zharfan Bin Mohd Zaki (Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media)
10. Naif Safiuddin B Sahaludin (Kolej Pengajian Alam Bina)
11. Nur Ridzwan Muhammad Bin Daud (Fakulti Sains Sukan Dan Reakreasi)
12. ⁠Irfan Bin Hishamudin (Fakulti Undang-Undang)
13. Yusuf Al-Qardhawi Bin Mohd Zaki (Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik Dan Matematik)
14. ⁠Muhammad Hilman Syukri Bin Hamed (Fakulti Undang-Undang)
15. ⁠Muhammad Akmal Bin Abd Rahman (ACIS)
16. ⁠Rif Daris Bin Rakimi (Fakulti Perakaunan)

Sertai kami untuk Sukarelawan Perpustakaan di pautan https://ptarapps.uitm.edu.my/loginv2/# . Pilih Menu Sukarelawan > Daftar

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa



Post a Comment

Terbaru Lebih lama