21 Rabiulakhir 2024 | 24 Oktober 2024
Persekutuan Alumni UiTM kali ini membawakan penampilan alumni iaitu saudara Saiful Azri Bin Zulkifli, pengasas Khatam Apparel dan Akmyr Ahmad Azwan Bin Abdul Kadir, pengasas Jibril Group ke siri podcast Zaman Now yang dirakamkan di Perpustakaan Tun Abdul Razak hari ini.
Episod kali ini, Saudara Saiful dan Akmyr menceritakan kenangan mereka semasa menjadi mahasiswa UiTM serta perjalanan mereka mewujudkan jenama yang besar pada hari ini.
Turut hadir meraikan alumni, Encik Muhammad Luthfi Mohaini dari Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN).
Nantikan podcast Zaman Now yang akan diterbitkan tidak lama lagi !
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan