1 Oktober 2024 | 27 Rabiulawal 1446H

Oktober tahun ini dimulai dengan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan) menerima kunjungan Tuan Haji Saiful Azhar Shaharun (Presiden Persekutuan Alumni UiTM) dan disertai sahabat alumni Cik Zarina binti Ahmad (Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis), saudara Mohd Asrul Abu Seman dan Abdul Fattah Hussein daripada Persekutuan Alumni UiTM.

Perbincangan kali ini memanfaatkan peluang bersama kekuatan alumni UiTM untuk pembangunan Repositori Pencapaian Alumni UiTM yang telah disediakan dengan kepakaran oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Platform ini akan mengumpul dan memelihara maklumat, gambar serta sejarah berkenaan RIDA, ITM dan UiTM dalam koleksi peribadi alumni. Turut diperkenalkan hasil usaha perpustakaan adalah Facebook Kenangan RIDA / Maktab MARA / ITM / UiTM.

Antara lain yang dibincangkan untuk kolaborasi akan datang adalah Putrajaya Festival of Ideas (FOS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi serta Keahlian Luar Perpustakaan UiTM.

Kunjungan kali ini juga tidak ketinggalan melihat Koleksi Khas Jawi, Repositori Persuratan Jawi, Canselor UiTM dan Pemikir Melayu.

Insya-Allah, niat baik ini akan dipermudahkan untuk memartabatkan universiti dan perjuangan anak bangsa.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa







Post a Comment

Terbaru Lebih lama