10 Oktober 2024 | 7 Rabiulakhir 1446H

Alhamdullilah, Ketua Pustakawan menyantuni insan hebat alumni ITM, YBhg Datuk Dr Md Hamzah usai selesai rakaman bual bicara anjuran Pejabat Transformasi Universiti bersama sahabat Profesor Dr. Hajah Nor Hayati Saad (Penolong Naib Canselor Strategi) dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Faizul Yahya (Pengarah) petang tadi.

Kagum dengan latar belakang hebat beliau. Pengalaman lebih 20 tahun sebagai perunding strategi dan pengurusan di firma global dan memegang pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan selama lebih 18 tahun berkaitan pengurusan R&D industri dan dasar awam mengenai pembangunan teknologi dan inovasi. Beliau juga merupakan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara dari 2009 -2011 yang ditugaskan untuk membangunkan Model Ekonomi Baru dan ahli pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9.

Lawatan singkat tadi melihat usaha perpustakaan membangunkan Repositori Persuratan Jawi dan Koleksi Khas Jawi mengingatkan beliau kepada kenangan merantau ke negara-negara Islam.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa












Post a Comment

Terbaru Lebih lama