19 Rabiulakhir 1446H | 22 Oktober 2024
Alhamdulillah, Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak CGSO yang diwakili oleh YBrs. Puan Nurul Adha binti Yahaya (Timbalan Pengarah) dan Encik Noor Hanizam Bin Baharudin (Penolong Pegawai Keselamatan). Bahagian Arkib Universiti diketuai oleh Encik Ahamad Zuber Mohamed (Pengarah) serta disertai Puan Azura Mohamad Hashim, Puan Azniza Mohd Nor, Puan Rizana Radhwan dan Cik Laily Hafidzun Binti Shukri. Sesi hari ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan pengurusan rahsia rasmi dan lantikan pengurus rekod mengikut ketetapan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
Semoga ilmu yang diberikan dapat memperkasakan pengurusan rekod UiTM.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama