Khamis 19 Oktober 1978, bertempat di Sura Hujung, Dungun Terengganu Majlis Istiadat Peletakan Batu Asas ITM Cawangan Terengganu telah diadakan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan Terengganu telah berkenan mencemar duli dan berangkat melakukan upacara tersebut. Baginda Al-Sultan diiringi oleh D.Y.M.M.
Tuanku Ampuan Besar, Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda yang turut sama berangkat ke majlis tersebut. Upacara yang gilang gemilang dan penuh warna warni itu bermula pada jam 3.30 petang dengan ketibaan para jemputan, para tetamu kehormat yang terdiri daripada pegawai - pegawai kanan ITM. YBhg. Datuk Mansor Othman, selaku Pengerusi Majlis ITM dan Datin Halimah, Encik Zahani Tan Sri Ahmad, Timbalan Pengerusi Majlis ITM dan Puan Khatijah Ahmad, Ahli Majlis ITM, telah turut sama hadir menyerikan majlis tersebut. Mereka menyambut ketibaan D.Y.M.M. Al- Sultan dan D.Y.M.M. Tuanku Ampuan Besar pada jam 4.00 petang. Turut sama menyambut ialah YBhg. Dato’ Pengarah ITM dan Pengetua ITM.
Koleksi UiTM Hari Ini Dalam Sejarah merupakan penerbitan bulanan bagi mempromosi koleksi Bahagian Arkib Universiti dikalangan warga UiTM dan penyelidik luar.
Maklumat lanjut sila hubungi:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama