4 Oktober 2024 | 1 Rabiulakhir 1446H
Hari ini merupakan satu sejarah buat Perpustakaan Tun Abdul Razak meraikan pelajar-pelajar baharu Semester Oktober 2024 - Februari 2025 berjumlah 1,300 orang pagi tadi. Lebih menarik, ketibaan pelajar disaksikan YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib, Naib Canselor UiTM dan Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor yang berada di rumah ilmu ini sempena Karnival Jawi UiTM 2.0.
Kumpulan pelajar ini dibawa melawat perkhidmatan dan fungsi perpustakaan yang bakal dinikmati sebagai warga UiTM. Semoga anak-anak muda ini terus menjadikan perpustakaan sebagai rujukan utama dan memanfaatkan sumber koleksi bercetak mahupun digital dalam pengajian mereka.















Post a Comment

Terbaru Lebih lama