Tahun 2024 menyaksikan transformasi ruang Koleksi Khas Jawi dan Koleksi 3R Royal, Race dan Religion dengan konsep baharu dengan mengekalkan elemen asal bangunan bersejarah berusia 52 tahun ini. Ruang ini turut menyaksikan ramai tokoh agamawan, negarawan dan ilmuwan yang melawat pada tahun 2024.
Penghormatan terbesar adalah pada tanggal 4 Oktober 2024 yang lalu. Koleksi Khas Jawi ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM yang ke-7, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib dan Mufti Negeri Selangor Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir sempena Karnival Jawi UiTM 2.0.
Pastinya ia akan meninggalkan kenangan dalam lipatan sejarah Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Catat Ulasan