3 Oktober 2024 | 29 Rabiulawal 1446H

Syabas dan tahniah kepada sahabat Pustakawan kami, Puan Nurul Aida Noor Azizi, Unit Pembangunan Bakat yang selesai membentangkan perkongsian ilmu bertajuk Preparing For A Transformative Internship Experience: A Collaborative Sharing From UiTM Library di Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN), Yogyakarta.

Puan Nurul Aida berkongsi pengalaman mengendalikan pelajar Latihan Industri yang berkualiti dan juga pembangunan 10 modul Latihan Industri yang mantap bersama warga pendidik dan penuntut Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Dengan izin-Nya, PTAR akan melebarkan jaringan kerjasama dengan UIN tidak lama lagi.

Kredit foto : Nurul Aida Noor Azizi

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa








Post a Comment

Terbaru Lebih lama