6 Rabiulakhir 1446H | 9 Oktober 2024

Ketua Pustakawan, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dalam ucapan alu-aluan beliau menyatakan hasrat hala tuju galeri universiti pada masa akan datang menjadi penandaaras terbaik dalam negara mahupun luar negara seperti standard tinggi yang telah ditetapkan oleh Arkib Universiti UiTM. Sehingga hari ini, Arkib Universiti UiTM telah memiliki dasar, sistem dan pengurusan terbaik termasuk penyeragaman di perpustakaan cawangan.

Dalam kursus ini, Dr. Mohd Jamil Mat Isa, Ketua Galeri Seni, Kolej Pengajian Seni Kreatif berkongsi dengan peserta kursus berkenaan kemahiran dalam merancang dan mengurus pameran serta strategi meningkatkan ketampakan galeri. Turut diberi penekanan berkenaan penglibatan komuniti melalui program dan aktiviti galeri.

Semoga peroleh manfaat kepada warga perpustakaan dalam mengendalikan pengurusan terbaik galeri untuk warga UiTM, Universiti dan komuniti.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa










Post a Comment

Terbaru Lebih lama