9 Jamadilawal 1446H | 11 November 2024

Menurut Dr. Labibah, Pensyarah dari Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, PTAR telah menyediakan pengalaman dan dimensi baharu untuk pelajar bidang Library Science berdasarkan input dari 6 orang mahasiswa UIN yang menjalani latihan industri selama 4 minggu. Modul latihan yang komprehensif serta kekuatan pengurusan perpustakaan merupakan faktor kerjasama strategik ini terjalin antara UIN dan PTAR.

Turut bersama-sama dalam sesi pembentangan akhir pelajar latihan industri lewat petang tadi adalah Puan Andriyana Fatmawati (Pensyarah) dan Pustakawan berpengalaman selaku penyelia bagi modul latihan industri. Sesi pada petang tadi dijalankan untuk memberikan ruang perkongsian kepasa pelajar dan memberi maklumbalas kepada pembentangan pelajar dan lain-lain komen penambahbaikan untuk membantu mereka mendapatkan gambaran jelas terhadap penglibatan mereka sepanjang tempoh menjalani latihan industri.

Terdahulu satu sesi lawatan melihat perkhidmatan dan koleksi berlangsung bagi pertukaran ilmu antara UIN dan PTAR serta penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri oleh Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.

Semoga dengan penglibatan kumpulan pelajar kali ini akan menjalinkan sinergi ukhwah yang berterusan pada masa akan datang.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#latihanindustri

Post a Comment

Terbaru Lebih lama