19 Jamadilawal 1446H | 21 November 2024

Persekutuan Alumni UiTM dan Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) sekali lagi membawakan alumni berpengaruh ke Podcast Zaman Now yang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak petang tadi. Kali ini, giliran Dato' Chef Ismail - chef selebriti, usahawan, duta dan tokoh masakan terkenal di Malaysia. Beliau dikenali kerana dedikasi dan semangatnya dalam mempromosikan masakan tradisional Melayu kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa. 

Beliau mengimbau kembali kenangan semasa pengajian Pengurusan Hotel & Penyediaan Makanan tahun 1981di ITM Shah Alam. Beliau menggambarkan keadaan pada masa itu sangat happening dan kenangan terbaik dalam hidup beliau sambil melihat fail peribadi pelajar yang dibawakan khas oleh Bahagian Arkib UiTM.

Turut hadir Pengarah Alumni Network Centre Profesor Madya Datin Sri Dr Nazura Mohamed Sayuti.







Terdahulu, pada 14 November 2024, satu lagi rakaman podcast berjaya dilaksanakan melibatkan dua orang alumni yang kini menjadi sukarelawan di Gaza. Saudari Nabihah Zakaria (Alumni Sains) dan Hendrawati Mohd Sapuan (Alumni Fakulti Farmasi) berkongsi pengalaman sepanjang kerjaya mereka serta detik-detik semasa di bumi Gaza.

Nantikan episod penuh podcast istimewa ini tidak lama lagi !





Post a Comment

Terbaru Lebih lama