Kelantan, 26 - 27 November 2024 – Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail bertempat di HRD(A) yang melibatkan Pengurus Rekod Universiti seramai 70 orang. Bengkel dirasmikan oleh Encik Hishamudin Mohamad Twontawi (Timbalan Pendaftar Kanan) dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr Meer Zhar Farouk Amir Razli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar). Taklimat telah disampaikan oleh Puan Azniza binti Mohamad Nor (Penolong Pendaftar Kanan) dan dibantu oleh Cik Noor Syafika binti Zulkifeli (Pegawai Eksekutif) dari Bahagian Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
Objektif penganjuran bengkel bertujuan melaksanakan pembangunan sistem klasifikasi fail lama ke sistem klasifikasi baharu iaitu Fail Urusan Am dan Fail Urusan Fungsian dengan lebih sistematik bagi UiTM Cawangan Kelantan bertepatan dengan Cadangan Klasifikasi Fail Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 25/2024 pada 20 November 2024.
Hasil pelaksanaan bengkel pembangunan klasifikasi fail ini akan dimajukan kepada Arkib Negara Malaysia untuk diperakukan seterusnya akan digunapakai di seluruh PTJ UiTM Cawangan Kelantan.
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan