4 Jamadilawal 1446H | 6 November 2024

Alhamdullilah, Ketua Pustakawan menghadiri perbincangan bersama sahabat lama dari Penerbit UiTM, Dr. Nafisah Khalid (Timbalan Pengarah (Perolehan dan Pemasaran), Pn. Nur Farabiyah Shamsudin (Timbalan Pengarah (Penerbitan) dan barisan staf yang turut hadir lewat petang sebentar tadi.

Hasrat perbincangan kali ini memfokuskan kepada kolaborasi festival ilmu berimpak untuk warga universiti dan komuniti. Turut hadir dari PTAR, Puan Aznur Umiza (Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti) yang membawakan agenda perancangan ini untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Insya-Allah, kolaborasi PTAR dan Penerbit UiTM kali ini akan menghasilkan program yang terbaik serta bermanfaat untuk universiti.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa






Post a Comment

Terbaru Lebih lama