𝐏𝐓𝐀𝐑 : 𝐏𝐓𝐉 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐃𝐨𝐜𝐮𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦 (𝐃𝐃𝐌𝐒) 𝟐.𝟎
24 -25 Jamadilawal 1446H | 26 - 27 November 2024
Ketua Pustakawan bersama-sama 120 orang staf PTAR terdiri daripada Pendaftar Rahsia, Pegawai Pengelas, Pegawai Rekod Jabatan, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dan Pentadbir Sistem sertai latihan DDMS 2.0 anjuran Bahagian Arkib Universiti.
Latihan intensif ini merangkumi beberapa sesi utama bersama Information Workers, pengguna sistem, Pentadbir Sistem serta Pengurus Rekod diikuti dengan pelaksanaan Go Live bagi DDMS 2.0 yang dikendalikan oleh Puan Siti Noorafishah binti Abd Latif (Penolong Pengarah), Puan Rosnani Abdul Karim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) dan Puan Nur Fazilah binti Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) daripada Jabatan Digital Negara.
Hasrat utama adalah bagi memastikan kesediaan dan kefahaman yang jelas terhadap penggunaan DDMS 2.0 untuk pengurusan rekod jabatan dan universiti. Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah National Key Economics Area (NKEA), Communications, Content and Infrastructure (CCI), Entry Point Project (EPP) 6, eGovernment – Paperless Government yang diterajui oleh Jabatan Digital Negara sebagai pembangun sistem dan Arkib Negara Malaysia bertindak sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan rekod.
Hasil dari aplikasi elektronik ini akan menjamin pengurusan rekod sentiasa dalam kedaan tersedia dan efisien. Pastinya, ilmu ini akan diperluas kepada semua warga universiti tidak lama lagi.
Pautan Facebook Ketua Pustakawan : https://www.facebook.com/share/p/1Aa5tVambV/
Maklumat lanjut di https://library.uitm.edu.my/en/news/650-bengkel-pelaksanaan-penggunaan-sistem-ddms-2-0-di-uitm
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#recordsmanagement
#ddms
Catat Ulasan