5 Jamadilawal 1446H |7 November 2024


Alhamdullilah, Ketua Pustakawan UiTM mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Budaya Ilmu Universiti Awam Bilangan 2/2024 pagi tadi dihadiri sahabat-sahabat dari Universiti Awam dan juga secara maya. Turut bersama, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Encik Ahmad Amiri Mohamad.


Agenda kali ini membawakan strategi berimpak melalui Garis Panduan Pelaksanaan Program Budaya Ilmu Universiti Awam untuk menetapkan satu standard pelaksanaan yang berkesan serta berkualiti. Antara lain yang dibincangkan adalah pembangunan portal Budaya Ilmu Universiti Awam yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang memaparkan secara langsung aktiviti budaya ilmu di peringkat Universiti Awam. Berpeluang juga membawa ahli yang hadir melawat Koleksi Khas Jawi berwajah baharu yang lebih eksklusif serta pembangunan Repositori Persuratan Jawi.


Semoga strategi yang dibincangkan hari ini akan dapat direalisasikan untuk membudayakan ilmu warga universiti serta mengangkasa generasi yang berjiwa besar.


#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

















Post a Comment

Terbaru Lebih lama