11 Jamadilakhir 1446H |13 Disember 2024

Ketua Pustakawan menghadiri jemputan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sempena Professor Adjunct Talk oleh YBhg. Datuk Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran RTM yang membawakan topik Branding & Broadcast Journalism: The RTM Story di Library Community Engagement Space PTAR pada pagi Jumaat yang lalu. Cukup terkesan dalam tempoh yang singkat ini pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh beliau di RTM.


It's always about engagement with our audience. But it's not going to be easy.


Realiti yang perlu diakui terutama utuk penjenamaan semula nama besar yang boleh diaplikasikan di perpustakaan. Pengalaman beliau selama 32 tahun dalam dunia penyiaran membuktikan pembaharuan yang dilakukan sangat signifikan terutama era digital kini yang menuntut gerakan yang agresif.


Pengalaman baharu warga UiTM untuk mendengar sendiri tentang hala tuju penyiaran negara, cabaran industri, dan rahsia kejayaan beliau dalam memimpin RTM ke era baharu. 


#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa









Post a Comment

Terbaru Lebih lama