23 Disember 2024 | 21 Jamadilakhir 1446H

Perpustakaan Tun Abdul Razak selesai melaksanakan Audit Dalam Bilangan 2/2024 dengan lancar di mana kali ini melihat kepada komitmen pengurusan, pengurusan kualiti, pengurusan sumber manusia dan kolaborasi, perkhidmatan serta operasi pemprosesan bahan.

Fungsi audit dalaman kali ini bertujuan untuk memberikan jaminan bebas dan objektif kepada pengurusan serta pihak berkepentingan bahawa operasi organisasi dijalankan dengan cekap, berkesan dan selaras dengan piawaian ISO9001:2015 yang ditetapkan.

Hasilnya akan menjamin integriti operasi organisasi melalui penilaian risiko, kawalan, dan tadbir urus untuk penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

Ketua Pustakawan turut menyatakan audit dalam membantu organisasi mencapai objektifnya dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan, dan proses tadbir urus yang berkesan

Terdahulu Pembukaan Audit Dalam Bilangan 2/2024 telah dilaksanakan pada 17 Disember 2024 oleh Ketua Pustakawan yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Pustakawan, staf Pelaksana, auditor dan auditee Perpustakaan Tun Abdul Razak serta Perpustakaan Fakulti. Skop dan Pelan Audit Dalam juga dibentangkan oleh Ketua Sistem Audit, Puan Siti Aishah Saadan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tempoh sesi audit berjalan.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama