Pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Ke-2 dan Ke-3.
Pada 1 Januari 2003, YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke-2 menggantikan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad yang tamat tempoh pada 16 Oktober 2002. Beliau dilahirkan pada tahun 1949 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sultan Ismail Putra School, Kota Bharu Kelantan dan Malay College Kuala Kangsar. Beliau adalah pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan, Monash University dan MBA dari Institut Pengurusan Asia, Manila, Philipina. Beliau juga telah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard University, Amerika Syarikat.
Pada 1 Januari 2005, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke-3 UiTM menggantikan YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob yang tamat tempoh pada 31 Disember 2004. Beliau dilahirkan pada 28 April 1940 di Taiping, Perak. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dalam bidang Sosiologi dan Pendidikan dari University of California, Berkeley, California, Amerika Syarikat. Beliau mengambil kursus Pengurusan Perniagaan di bawah Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Boston, Amerika Syarikat.
Pautan hebahan :
https://vt.tiktok.com/ZS6fRruED/
https://www.facebook.com/share/v/183XwwZub7/
https://x.com/uitmlibrary/status/1875584406909546743
https://www.instagram.com/reel/DEaQ4znSKq3/utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Catat Ulasan