15 Januari 2025 | 15 Rejab 1446H
Ketua Pustakawan menghadiri Amanat Naib Canselor 2025 yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin di Dewan Seri Budiman pagi tadi bersama - sama warga UiTM. InsyaAllah, Perpustakaan UiTM akan bersama-sama dalam hala tuju ini dengan strategi untuk memartabatkan universiti keramat ini sebagai institut pengajian tinggi yang unggul.
Perpustakaan juga berpeluang meraikan warga UiTM dengan memperkenalkan PERMATA - produk digital terbaharu yang dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Selain itu, kami bawakan khas, pameran Koleksi Jawi dan item-item RIDA dan ITM.
Alhamdullilah, rezeki hari yang bersejarah untuk semua warga UiTM pada tahun 2025 ini.

𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 : https://www.youtube.com/live/_HM9CuElnQs
Bersama, kita bina masa depan UiTM yang lebih hebat !































Post a Comment

Terbaru Lebih lama