Pada 23 Februari 1990 telah diadakan acara Apresiasi Filem bertempat di Auditorium PSPP Institut Teknologi MARA (ITM).Acara ini bertujuan mendekatkan para pelajar, khususnya dalam bidang komunikasi, kepada masalah penghayatan sebuah filem.
Ketua Kursus (Penyiaran) Kajian Sebaran Am Institut itu, A. Ahmad Riduan Abdul Rahman berkata, ini merupakan kali pertama ITM mengadakan acara serupa itu dan ianya akan dijadikan acara bulanan sekiranya mendapat sambutan baik.
“Kami telah mendapat kerjasama dari ISMANUSA, sebuah syarikat perfileman di sini untuk mengadakan acara apresiasi filem ini yang mana filem pertama yang akan kami tayangkan untuk penghayatan berjudul Naga Bonar” katanya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama