26 Februari 2025 | 27 Syaaban 1446H
Alhamdullillah, pertemuan yang bermakna pada hari ini, Ketua Pustakawan mengunjungi Sasterawan Negara dan juga Pemikir hebat Profesor Emeritus Dr. Muhamad bin Haji Salleh di kediaman beliau di Kajang pagi tadi.
Suatu penghormatan dapat bertemu dengan Sasterawan Negara yang banyak berjasa kepada dunia sastera. Seorang penjuang jiwa sastera Nusantara dan falsafah ilmu. Beliau menghargai usaha Perpustakaan UiTM untuk memartabatkan budaya ilmu dalam kalangan generasi muda kerana ianya nilai sebuah tamadun yang berjaya.
Kami berbesar hati menerima dua naskhah karya beliau untuk koleksi Perpustakaan UiTM berjudul Belajarlah Jadi Atuk dan Wan, didedikasi khas untuk cucunda beliau. Insya-Allah, akan dipelihara amanah tersebut sebaiknya.
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan