28 Februari 2025 | 29 Syaaban 1446H

Siri 5 kali ini dikendalikan Puan Norazlin Mohd Yusof yang membimbing peserta dalam menguasai teknik membaca pantas yang efektif, bertujuan untuk meningkatkan kelajuan membaca di samping mengekalkan tahap pemahaman yang optimum.

Sepanjang program ini, peserta diberi pendedahan tentang pengenalan bacaan pantas, asas-asas penting dalam bacaan pantas, serta teknik-teknik praktikal yang boleh digunakan pada bahan bacaan bercetak dan dalam talian. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan kaedah pengiraan kelajuan membaca serta halangan-halangan yang mungkin timbul dan cara untuk mengatasinya.

Program ini turut dihadiri oleh para pelajar dan dimeriahkan dengan penyertaan pensyarah dari Fakulti Sains Gunaan, yang turut memberi sokongan kepada aktiviti ini. Kehadiran mereka tidak hanya memperkayakan lagi sesi program tetapi juga memberikan suasana yang lebih dinamik dan interaktif. Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dan mengaplikasikannya dalam rutin pembacaan harian mereka.

#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#speedreading









Post a Comment

Terbaru Lebih lama